Paul si sotong kurita 7 comments
Paul the Octopus merupakan seekor sotong kurita yang menjadi topik hangat sepanjang minggu ini kerana meramalkan dengan tepat setiap keputusan pasukan Jerman di Piala Dunia 2010 termasuk kekalahan kepada Serbia, kemenangan dengan Argentina dan yang terbaru kekalahan kepada Sepanyol.
Sotong khinzir adalah hidupan laut yang pelik 16 comments
Helicocranchia pfefferi atau lebih dikenali sebagai sotong khinzir (pig octopus) merupakan sejenis hidupan laut yang sangat pelik. Bentuk sotong ini seperti khinzir tersenyum memberikan ia gelaran sotong khinzir tersenyum (ocean smiley pig). Gambar dibawah diambil dari akuarium Kabrilo Marlin di California.

Red Panda – maskot Mozilla Firefox yang sangat comel 9 comments
Maskot sebenar bagi pelayar internet popular Mozilla Firefox adalah seekor haiwan bernama Red Panda, dan bukannya seekor musang. Red Panda (Ailurus fulgens), juga dikenali dengan nama lain seperti Firefox atau Shining Cats adalah haiwan yang hidup di kawasan sekitar Nepal, China, timur India dan utara Myanmar.
Bagi kami, Red Panda ini adalah haiwan yang super cute. Bulu dia pun nampak cantik dan gebu. Pertama kali tengok pun dah berasa dalam hati haiwan ni comel sesangat, kalau boleh nak bela seekor kat rumah. Haha.
Jika anda semua peminat haiwan2 yang comel, jom kita tengok beberapa keping gambar Red Panda dalam resolusi tinggi yang sempat kami kumpulkan dari pelbagai sumber di internet.
Bila gajah “disumpah” menjadi beruang panda 12 comments
Gajah, antara haiwan terbesar daratan merupakan haiwan yang istimewa di Thailand. Ia menjadi simbol negara dan merupakan sebahagian dari budaya Thailand. Akan tetapi, kehadiran beruang panda di Zoo Chiang Mai, Bangkok mengubah segalanya.
Gajah mula dilupakan dan penduduk Thailand dilanda demam kemaruk beruang panda. Tidak puas hati dengan keadaan itu, penjaga gajah mengambil inisiatif dengan mewarna gajah seakan beruang panda sebagai tanda protes dan mengambil kembali perhatian penduduk Thailand terhadap gajah.




