Seni daripada produk Apple yang dihancurkan 12 comments
Michael Tompert memang mempunyai minat seni yang pelik (dan agak membazir?). Beliau telah membeli beberapa produk Apple seperti iPhone, iPod Touch, iPad dan Macbook Pro hanya untuk dimusnahkan. Kemudian sahabat beliau iaitu Paul Fairchild akan mengambil gambar-gambar produk Apple yang telah hancur musnah itu kerana bagi mereka itu adalah seni yang takjub dan istimewa.
Produk2 Apple ini dihancurkan dengan cara yang ganas, termasuk menembak dengan pistol pada iPhone dan meletakkan iPod Touch pada landasan kereta api dengan harapan ianya hancur dilanggar kereta api. Sungguh WTF!
Dan ini adalah beberapa hasil kerja “seni agung” daripada mereka.
Seni gambar dari langit oleh Daniel Dancer 3 comments
Projek “Art of the sky” merupakan hasil kreativiti jurugambar Daniel Dancer. Dengan menggunakan manusia yang disusun secara teratur, hasil seni ini hanya dapat dihayati melalui pandangan dari udara.

Seni lukisan pasir yang menakjubkan oleh Jim Denevan 14 comments
Memperkenalkan Jim Denevan, professional dalam seni lukisan pasir. Dengan hanya menggunakan sebatang kayu, Jim Denevan melukis pelbagai imej bersaiz besar dengan teliti di atas pasir. Bila dilihat dari udara, seni lukisan pasir Jim Denevan boleh dikatakan masterpiece!

Apa yang mekap boleh buat ditangan professional 24 comments
Kami tahu mekap boleh menampakkan wanita lebih cantik dan anggun. Walaupun mengetahui hakikat ini, kami tetap rasa kagum dengan hasil kerja artis mekap professional. Ini sebabnya.



